Selasa, 11 Ogos 2015

MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI 2015

Majlis hari raya SAR dan Tadika Ummi Al-Hidayah diadakan pada 7 Ogos 2015 bertempat di hadapan kelas SAR bermula jam 4.00 petang hingga 9.00 malam diserikan dengab aktiviti sukaneka pada sesi pagi dan petang. Majlis hari raya ini diakhiri dengan aktiviti penyampaian hadiah kepada para pemenang sukaneka.

Selamat hari raya aidil fitri dari warga SAR Ummi Al-Hidayah, taqabbalallahu minna wa minkum (semoga Allah menerima amalan kita semua), maaf zahir dan batin...

Isnin, 10 Ogos 2015

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN TARAWIH BERSAMA IBUBAPA

Alhamdulillah tahun ini SAR Ummi Al-Hidayah dapat mengadakan lagi Majlis Iftar (berbuka puasa) bersama ibubapa SAR dan Tadika Ummi Al-Hidayah. Mudah-mudahan tahun depan kita bertemu lagi dengan Ramadhan. Amin

Khamis, 26 Februari 2015

SAR UMMI AL-HIDAYAH 2015

Baru-baru ini sekolah-sekolah SAR sekitar negeri Sabah mendapat bantuan daripada kerajaan untuk kegunaan pembaikan dan pemulihan bangunan sekolah. Alhamdulillah termasuk SAR Ummi Al-Hidayah diantara sekolah yang mendapat bantuan tersebut. Antara pembaikan atau pembaharuan yang telah dilaksanakan di SAR Ummi Al-Hidayah ialah:

1. Tambahan sebanyak tiga buah tandas di bahagian belakang bangunan.

2. Penambahan sebanyak sebuah kelas serta penambahan pintu bahagian belakang kelas yang sedia ada sebanyak tiga buah kelas.

3. Penambahan serta pengubahsuaian bilik guru dan kantin.

4. Kawasan persalinan dan mandian untuk murid-murid yang transit sebelum ke sekolah rendah atau dari sekolah rendah ke SAR mengikut sesi persekolahan masing-masing.

5. Penambahan meja-meja dan kerusi-kerusi serta pembaikan meja dan kerusi yang sudah rosak.

6. Cat lantai kelas, tikar bilik guru, dll.