Sejarah Penubuhan
SAR Al-Hidayah* ini ditubuhkan atas permintaan ibubapa yang menghantar anak-anak mereka ke Tadika Ummi, Taman Kuala Menggatal memandangkan tiada Sekolah Agama yang berhampiran, Sekolah Agama Negeri (SAN) yang ada pun berjauhan dan tidak dapat menampung ramai pelajar. Pihak pengurusan Tadika Ummi yang prihatin kepada masalah ibubapa yang mengharapkan anak-anak mereka mendapat pendidikan Agama mengambil langkah untuk memulakan kelas.
Memandangkan harapan ibubapa agar dapat menyambung pembelajaran anak-anak mereka dari peringkat tadika ke peringkat sekolah rendah agama, pada awal tahun 2003 SAR Al-Hidayah telah membuka satu kelas darjah satu sebagai permulaan di bangunan Tadika Ummi seramai lebih kurang 15 orang. Dua orang guru ditugaskan untuk mengajar kelas tersebut.
SAR Al-Hidayah ini menyediakan pendidikan formal kepada anak-anak yang layak memasuki darjah satu sekolah agama. Kurikulum SAR Al-Hidayah ini selari dengan Kurikulum Sekolah Agama Negeri (SAN), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS). Subjek yang diajar termasuklah Iqra, Al-Quran, Imlak, Tauhid, Akhlak, Feqah, Sirah, Khat, Tulisan Jawi dan lain-lain.
*Nama asal SAR Ummi Al-Hidayah adalah SAR Al-Hidayah.

Objektif
1. Melahirkan pelajar yang mengamalkan corak hidup berlandaskan Al-Quran dan As-sunnah.
2. Meletakkan Sekolah Agama Rakyat Al-Hidayah pada tahap yang dibanggakan oleh pelajar, guru, masyarakat setempat dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS).
3. Menekankan nilai Islam dan keikhlasan kepada Allah dalam melakukan apa sahaja tugas dan tanggungjawab.
4. Menyediakan pengetahuan dan keterampilan.

Visi
Ke Arah Sekolah Agama Rakyat Al Hidayah Cemerlang 2015

Misi
"Melahirkan insan kamil yang seimbang duniawi dan ukhrawi yang bersahsiah tinggi selaras dengan tuntutan Islam, berbudaya ilmu, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri dan masyarakat selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan dan Wawasan 2020"