Mafatih Mahabbah


بسم الله الرحمن الرحيم

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

PENGENALAN

Mafatih Mahabbah bermaksud kunci-kunci kasih sayang. Kasih sayang adalah satu sifat yang terpuji yang amat digalakkan bagi setiap individu Muslim. Belaian dan layanan yang mesra akan melahirkan suasana yang mesra, harmoni dan tenang dalam kehidupan. Islam amat menekankan tentang pentingnya nilai kasih sayang dalam sistem kekeluargaan dan juga kehidupan bermasyarakat.

Perkhemahan atau Kem Mafatih Mahabbah (KMM) telah menjadi aktiviti tahunan SAR Ummi Al-Hidayah sajak tahun 2007 lagi. Program ini berbentuk kem motivasi dan rehlah di mana pelajar akan didedahkan dengan pelbagai ilmu teori dan praktikal serta perkongsian pengalaman bagi memantapkan jati diri mereka sebagai generasi Islam yang yang mampu mendepani cabaran era globalisasi kini. Program ini juga diharapkan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama pelajar, guru-guru dan ibu bapa.

Alaf baru atau era globalisasi kini menyaksikan pelbagai fenomena dan suasana yang baru dalam gaya kehidupan masyarakat umumnya dan remaja khususnya. Kemajuan teknologi dan pengaruh pelbagai gaya hidup Barat meresap dalam masyarakat dan remaja. Ini menjadikan pegangan hidup individu Muslim dalam kehidupan dan hubungan kasih sayang (mahabbah) kini semakin goyah. Hal ini menjadikan pihak kami berinisiatif untuk menjalankan satu program yang dapat memantapkan jati diri pelajar di samping memupuk dan mengeratkan silaturrahim antara pelajar dan ibubapa serta mendekatkan mereka dengan warga SAR Ummi Al-Hidayah agar suasana pembelajaran, pengurusan dan kemasyarakatan dapat dibajai dengan nilai-nilai kasih sayang. Justeru itu, program perkhemahan motivasi dan rehlah ini dirancang bagi merealisasikan matlamat tersebut.

Tujuan kami disebalik tema ini adalah untuk membina dan mengeratkan lagi ukhuwah diantara pelajar dan guru yang seterusnya akan memberi kesan positif dalam proses pembelajaran dan pengajaran bagi melahirkan pelajar dan sekolah yang cemerlang.

Objektif

  1. Memupuk semangat kasih sayang dan persahabatan sesama pelajar.
  2. Membina generasi remaja Islam yang berilmu, beramal dan berakhlak mulia.
  3. Memperkukuhkan jati diri setiap individu sebagai seorang muslim.
  4. Memantapkan motivasi diri untuk memperbaiki amal dan akhlak.
  5. Mengeratkan silaturrahim antara para pelajar, ibu bapa, guru-guru dan staf SAR Ummi Al-Hidayah.

Golongan Sasaran

  1. Pelajar SAR Ummi Al-Hidayah berumur 9 hingga 12 tahun.
  2. Pelajar bukan dari SAR Ummi Al-Hidayah juga boleh menyertai perkhemahan ini.

 

Antara Aktiviti-Aktiviti Yang Dijalankan

 

  1. Ice Breaking
  2. LDK (Latihan Dalam Kumpulan)
  3. Kuliah Maghrib & Subuh
  4. Malam Aspresiasi Seni (MAS) 
  5. Dynamic Games
  6. Sentuhan Multimedia
  7. Jungle Trekking
  8. Bila Dapur Tak Berasap
  9. Motivasi & Muhasabah Diri
  10. SAR Explo-Race

 

Gambar-Gambar Aktiviti KMM 

 

KMM 2008 Di ODEC, UMS

 

 

KMM 2010 Di KEM Latihan RELA

 

 KMM 2011 Di SAR Ummi Al-Hidayah

 

 

 

Penutup


Program ini diharapkan dapat melahirkan generasi remaja Islam yang berilmu agama, beramal dengan amal-amal islami dan berakhlak mulia. Program ini juga diharapkan menjadi program rehlah yang dapat mengeratkan silaturrahim di antara para pelajar SAR Al-Hidayah dan juga penghubung kemesraan dan kesefahaman antara pihak ibu bapa dengan pihak guru-guru serta pengurusan sekolah.

Selain itu, program ini dijadikan antara latihan kepimpinan dan pengalaman efektif bagi membantu pihak guru-guru dan pengurusan SAR Al-Hidayah dalam menjalankan gerak kerja pengurusan dan perlaksanaan aktiviti-aktiviti sekolah dengan lebih cekap dan berkesan.

Segala usaha yang kami jalankan untuk menjayakan program ini diharap menjadi satu sumbangan yang ikhlas kepada generasi remaja Islam yang merupakan pewaris dan penyambung mata-mata rantai perjuangan Rasulullah s.a.w dalam membangunkan agama Islam dan menjadi contoh teladan yang baik kepada remaja dan masyarakat lain.

Firman Allah, “Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk umat manusia, yang mencegah kepada perbuatan makruf dan mencegah perbuatan mungkar.” Dan juga Allah berfirman, "Dan barang siapa yang mentaati Allah dan Rasul-Nya, mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, orang-orang yang mati syahid. Dan mereka itulah sebaik-baik teman.”

Semoga usaha ini diberkati oleh Allah.