Khamis, 26 Februari 2015

SAR UMMI AL-HIDAYAH 2015

Baru-baru ini sekolah-sekolah SAR sekitar negeri Sabah mendapat bantuan daripada kerajaan untuk kegunaan pembaikan dan pemulihan bangunan sekolah. Alhamdulillah termasuk SAR Ummi Al-Hidayah diantara sekolah yang mendapat bantuan tersebut. Antara pembaikan atau pembaharuan yang telah dilaksanakan di SAR Ummi Al-Hidayah ialah:

1. Tambahan sebanyak tiga buah tandas di bahagian belakang bangunan.

2. Penambahan sebanyak sebuah kelas serta penambahan pintu bahagian belakang kelas yang sedia ada sebanyak tiga buah kelas.

3. Penambahan serta pengubahsuaian bilik guru dan kantin.

4. Kawasan persalinan dan mandian untuk murid-murid yang transit sebelum ke sekolah rendah atau dari sekolah rendah ke SAR mengikut sesi persekolahan masing-masing.

5. Penambahan meja-meja dan kerusi-kerusi serta pembaikan meja dan kerusi yang sudah rosak.

6. Cat lantai kelas, tikar bilik guru, dll.