Musabaqah Tilawah Al-Quran (MTQ) adalah aktiviti SAR Ummi Al-Hidayah yang pertama kali diadakan pada tahun ini iaitu pada 30 Mac 2012 (Jumaat) yang lalu di kelas SAR Ummi Al-Hidayah. Tujuan MTQ ini adalah bagi menggalakkan dan memberi semangat kepada murid-murid untuk membaca Al-Quran serta menghafalnya.
Antara acara-acara yang dipertandingkan adalah:
1 - Tilawah Al-Quran (Kategori Lelaki & Perempuan)
2 - Hafazan Al-Quran (Kategori Lelaki & Perempuan)
3 - Azan (Kategori Lelaki sahaja)
4 - Kuiz Sirah Berkumpulan (Sesi Petang sahaja)
5 - Kuiz Tajwid Berkumpulan (Sesi Petang sahaja)
Gambar-gambar aktiviti MTQ:
Gambar 1:
(Adik Muhammad Ridhwan, Tahun 3 - Acara Tilawah Al-Quran)
Gambar 2
(Adik Haziq Huzairi, Tahun 2 - Acara Tilawah Al-Quran)
Gambar 3:
(Adik Nuruddyn Hafiz, Tahun 2 - Acara Tilawah Al-Quran)
Gambar 4:
(Adik Shahmizam, Tahun 2 - Acara Azan)
Gambar 5:
(Adik Muhammad Aiman - Acara Tilawah Al-Quran)
Sila kunjungi halaman Facebook Sar Ummi Al-Hidayah (klik).