Isnin, 22 September 2014

KEM MAFATIH MAHABBAH 2014 - PERMAI D'VALLEY RATAU.



Pada 13-15hb yang lalu SAR Ummi Al-Hidayah telah menganjurkan Kem Mafatih Mahabbah (KMM) yang merupakah antara acara tahunan.

Seramai 49 orang murid telah menyertai kem ini. Peserta adalah daripada murid SAR Ummi Al-Hidayah dan beberapa sekolah agama lain dari Kota Kinabalu dan Tuaran.

Pelbagai pengisian telah dirancang sepanjang 3 hari 2 malam murid-murid berkampu di Permai D'Valley Ratau yang terletak di Tebobon.

Pada hari Sabtu pendaftaran bermula pada waktu pagi sebelum diteruskan dengan sesi taklimat dan Ice Breaking.

Di antara aktiviti menarik yang diadakan adalah Jungle Tracking, Dinamic Games, Bila Dapur Tidak Berasap dan banyak lagi aktiviti.

Berikut adalah antara gambar yang sempat dirakamkan sepanjang program.

 (Sedang berada di dalam hutan, aktiviti Jungle Tracking)

 (Fasilitator menuruni tempat cerun dalam hutan)

(Aktiviti LDK, Radio Rosak)

(Aktiviti Bila Dapur Tidak Berasap)

 (Peserta lelaki daripada daerah Tuaran)

 (Peserta lelaki sedang memasak)

(Ayam masak kari yang disediakan secara berkumpulan)

Tonton aktiviti-aktiviti program melalui video di bawah.



Berminat untuk sertai Kem Mafatih Mahabbah tahun hadapan?

Jemput lawat dan like Fan Page SAR Ummi Al-Hidayah di Facebook: (Klik Sini)