Isnin, 7 November 2011

SELAMAT DATANG KE BLOG SAR UMMI AL-HIDAYAH

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Seiringan dengan kemajuan teknologi maklumat hari ini yang sememangnya begitu pantas bergerak, hari demi hari akan muncul berbagai keluaran teknologi sama ada telefon bimbit (handphone), komputer riba (laptop), tidak ketinggalan juga laman-laman sesawang sosial seperti facebook, twiter, google+, blogger dan lain-lain.

Maka kami warga Sekolah Agama Rakyat Ummi Al-Hidayah (SAR Ummi Al-Hidayah) juga ingin mempraktikkan segala kemudahan ini untuk memperkenalkan latar belakang, sejarah, atau apa sahaja yang berkaitan dengan SAR Ummi Al-Hidayah.

Diharap para pengunjung blog ini akan mudah untuk mengetahui sebarang aktiviti-aktiviti yang berkaitan tentang SAR Ummi Al-Hidayah sama ada program-program yang dijalankan di sekolah atau di luar sekolah, aktiviti sepanjang tahun, juga berkenaan hal ehwal murid. 

Semoga dengan adanya blog ini akan dapat mengukuhkan hubungan silaturrahim antara pihak SAR Ummi Al-Hidayah dengan ibu bapa. Justeru itu, kami sangat-sangat mengharapkan pengunjung-pengunjung dapat memberikan komen atau sebarang idea untuk memajukan lagi SAR Ummi Al-Hidayah.

Sekian, terima kasih.