Kelas permulaan ini mendapat sambutan dari kalangan ibubapa murid Tadika Ummi Al-Hidayah dan telah bertambah tahun demi tahun. Kini SAR Ummi Al-Hidayah boleh menerima pelajar dari darjah satu hingga darjah enam. Mempunyai 2 sesi persekolahan, darjah satu hingga darjah tiga sesi pagi dan darjah empat hingga darjah enam sesi petang. Bilangan murid seramai satu ratus lebih orang dan tenaga pengajar seramai 5 orang.
Daripada segi pentadbirannya kini, ia diketuai oleh pengusaha/pengasas SAR Ummi Al-Hidayah, seorang guru besar, dan mempunyai jawatankuasa yang dipanggil Ahli Lembaga SAR Ummi Al-Hidayah yang telah dilantik untuk memastikan perjalanan SAR Ummi Al-Hidayah berjalan dengan lancar.
Walaupun SAR Ummi Al-Hidayah ini berada dalam keadaan serba kekurangan baik dari segi tempat, bilik darjah dan gurunya yang kurang terlatih tetapi akan terus berusaha untuk maju kehadapan agar dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan sekolah agama lain di sekitar Kota Kinabalu. Keputusan kelulusan seratus peratus setiap tahun peperiksaan SRU adalah antara bukti bahawa SAR Ummi Al-Hidayah mampu untuk terus maju.