Isnin, 6 Februari 2012

PERANCANGAN PADA MASA AKAN DATANG

  1. Meluaskan kawasan SAR Ummi Al-Hidayah bagi membolehkan kami dapat menampung lebih ramai pelajar yang ingin belajar di sini. Ini berikutan dengan jumlah pelajar yang semakin meningkat dari tahun ke tahun.
  2. Keputusan yang lebih cemerlang dari segi agama, akademik dan kokurikulum ingin di capai bagi menjadikan para pelajar berkemampuan untuk bersaing dengan dunia luar dan bukan hanya pada skop-skop yang tertentu.
  3. Lebih banyak melibatkan ibu bapa dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan sekolah bagi memastikan mereka memahami dan mengetahui setiap perkembangan anak-anak mereka di SAR Ummi Al-Hidayah.
  4. Menyediakan tenaga pengajar yang berkaliber serta inovatif dan berfikiran kreatif di samping strategi dan teknik pengajaran yang digunakan mestilah sentiasa dikemaskini sejajar dengan peredaran pendidikan di mana pelajar hari ini memiliki pemikiran serta pengalaman yang tinggi berbanding pelajar sepuluh tahun yang lalu.
Sesuai dengan harapan dan peranan ini, semua pihak SAR Ummi Al-Hidayah yang terlibat secara langsung dan tidak langsung khususnya perlulah menanam semangat dan iltizam yang tinggi dalam menggalas tanggungjawab dan amanah yang diberikan mengikut tugas masing-masing. Dengan adanya sikap seperti ini, maka akan lahirlah pelapis masyarakat yang berilmu, berketrampilan dan berdaya saing khususnya pelajar lepasan daripada SAR Ummi Al-Hidayah.