Komitmen dan kegigihan guru-guru SAR Ummi Al-Hidayah melaksanakan amanah dan tanggungjawab dalam semua kegiatan baik di dalam ataupun di luar bilik darjah sangat mencabar dalam mendidik anak murid agar menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara setelah dewasa nanti. Oleh itu, pelbagai jenis sumbangan yang terhasil daripada ini.
Antaranya adalah kemudahan penjagaan anak-anak di Taska, Tadika dan SAR Ummi Al-Hidayah kepada semua guru-guru yang bekerja di SAR Ummi Al-Hidayah. Sebahagian besar guru-guru adalah dari kalangan yang mempunyai anak, dengan kemudahan yang telah disediakan, ini sedikit sebanyak telah meringankan beban mereka.
Selain itu, pelajar-pelajar SAR Ummi Al-Hidayah, disediakan pakej Transit (Mandi, Tukar Pakaian) dan makan tengahari. Ini adalah bagi memudahkan ibu bapa mereka yang bekerja sehingga waktu petang di mana mereka tidak perlu lagi memikirkan masalah menguruskan anak-anak mereka untuk penjagaan selepas sesi pembelajaran di SAR Ummi Al-Hidayah, kerana kami telah menyediakan pakej lengkap sehingga memastikan para pelajar selamat sampai ke sekolah dan ke rumah masing-masing.
Kelas Tambahan Agama juga turut diadakan pada para pelajar yang mengambil Sijil Rendah Ugama (SRU) bagi memastikan keputusan mereka lebih cemerlang dan menaikkan nama SAR Ummi Al-Hidayah.