TAZKIRAH HARIAN.
Pada waktu sepanjang Ramadhan, berlaku perubahan jadual harian. Di mana waktu pembelajaran bagi sesi petang diakhirkan lebih awal pada jam 4.30-5.00 petang pada setiap hari.
Selepas solat Asar, sesi akan diisi dengan tazkirah yang akan disampaikan oleh tenaga pengajar SAR Ummi Al-Hidayah secara bergilir-gilir; Ustaz Mohd. Safwan, Ustaz Suhili, Ustaz Lojirin dan Ustazah Artini.

Di antara yang disampaikan dalam tazkirah adalah tentang kelebihan-kelebihan puasa ramadhan, mendirikan solat dan juga perkara-perkara yang mampu menghapuskan pada puasa.
MAJLIS IFTAR BERSAMA.
Pada 19hb Julai 2014, bersamaan hari jumaat, SAR Ummi Al-Hidayah telah mengadakan Majlis Iftar (Berbuka Puasa) bersama Ibubapa dan murid-murid sekolah.
Majlis bermula pada jam 5.00 petang, dengan kehadiran ibubapa murid-murid. Ada yang membawa juadah dari rumah dan ada juga yang memberikan sumbangan wang tunai untuk majlis berbuka puasa pada hari tersebut.
Lebih kurang pada jam 6.35 petang, para hadirin berbuka puasa dengan dibimbing oleh bekas murid di SAR Ummi Al-Hidayah.
Selesai berbuka puasa dengan juadah ringan, Solat Maghrib berlangsung dengan diimamkan oleh Ustaz Mohd Safwan, Guru Besar SAR Ummi Al-Hidayah. Selepas itu para ibubapa, guru dan murid-murid menjamu makanan besar.
Acara terakhir adalah Solat Tarawih dan Witir secara berjemaah sebanyak 11 rakaat, yang diimamkan oleh Ustaz Suhili Nain dan bilalnya Ustaz Lojirin.
Berikut adalah beberapa suasana yang sempat dirakamkan ketika majlis berbuka puasa tersebut.
Semoga Ramadhan 2014 ini kita akan memperolehi lebih banyak kebaikan dan rahmat.