Pada 23 Ogos 2014 yang lalu telah berlangsung sambutan Hari Keluarga & Sambutan Hari Raya tahun 2014 yang dianjurkan oleh SAR Ummi Al-Hidayah, Tadika Ummi Al-Hidayah dan Tadika Ummu As-Sakinah.
Program yang berlangsung di padan Institut Kemahiran Mara ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ibubapa dan murid-murid.
Pelbagai acara yang dianjurkan untuk memeriahkan lagi majlis pada hari tersebut yang terdiri daripada acara tadika, sekolah agama dan juga acara umum untuk ibubapa dan guru.
Berikut adalah di antara gambar yang sempat dirakamkan pada hari acara tersebut berlangsung.
Pertandingan Kerusi Berirama Acara Lelaki
Pertandingan SnapShot Acara Murid SAR
Penyampaian Hadiah Oleh Pengurus SAR Ummi Al-Hidayah
Acara yang bermula pada waktu pagi ini selesai pada waktu tengahari dengan jayanya.
Untuk melihat gambar penuh sila lawati Fan Page SAR Ummi Al-Hidayah. KLIK SINI