Jumaat, 5 September 2014

BENGKEL MENDORONG PELAJAR & ANAK DENGAN TEKNIK NABI MUHAMMAD




Pada 31 Ogos 2013 bersamaan hari Ahad, SAR Ummi Al-Hidayah dengan kerjasama ABS Edu. Consultant telah menganjurkan Bengkel Mendorong Pelajar & Anak Dengan Teknik Nabi Muhammad.

Penceramah atau Trainer dalam bengkel ini adalah Puan Nurhidayah Jaafar seorang trainer bertauliah yang dibawakan khas daripada Semenjung.

Seramai lebih kurang 40 orang peserta telah menghadiri bengkel ini, terdiri daripada guru-guru dan ibubapa. Dan ada yang sanggup datang daripada jauh, Semporna ke Kota Kinabalu.

Teknik mendorong dipindahkan melalui penyampaian dan latihan terus daripada trainer.

Berikut adalah antara gambar yang sempat dirakamkan:

Puan Nurhidayah Jaafar sedang menyampaikan ceramah tentang teknik Nabi Muhammad.

Para peserta khusyuk memberikan tumpuan dan menyalin nota dan menjawab soalan yang disediakan.

Acara pembentangan oleh peserta tentang skrip-skrip didikan yang dihasilkan berdasarkan teknik yang diajarkan Trainer Puan Nurhidayah Jaafar.

Gambar para peserta dengan trainer Puan Nurhidayah Jaafar (berbaju hijau)

Di antara teknik yang diajarkan adalah teknik memuji, menegur dengan betul, teknik meningkatkan estim dan prinsip-prinsip pendidikan Nabi Muhammad serta pelbagai lagi teknik.

Setiap teknik yang disampaikan adalah berdasarkan hadis shahih yang telah dianalisis oleh Tim Psikologi Hadith.

Bengkel bermula daripada pagi sehingga jam 4.30 petang.